{"id":50934,"date":"2014-12-31T14:44:21","date_gmt":"2014-12-31T19:44:21","guid":{"rendered":"http:\/\/www.euvolution.com\/prometheism-transhumanism-posthumanism\/sampel-dna-waris-dan-keluarga-mangsa-diambil\/"},"modified":"2014-12-31T14:44:21","modified_gmt":"2014-12-31T19:44:21","slug":"sampel-dna-waris-dan-keluarga-mangsa-diambil","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.euvolution.com\/prometheism-transhumanism-posthumanism\/transhuman-news-blog\/dna\/sampel-dna-waris-dan-keluarga-mangsa-diambil\/","title":{"rendered":"Sampel DNA waris dan keluarga mangsa diambil"},"content":{"rendered":"<p><p>    Semua mangsa terkorban akan ditempatkan di Hospital    Bhayangkara, Surabaya, kira-kira 30km dari lapangan terbang.  <\/p>\n<p>        SURABAYA: Unit Identiti Bencana    (DVI) Polis Daerah Jawa Timur telah mengambil sampel DNA waris    dan anggota keluarga untuk mengenal pasti identiti ketika    proses pemindahan mayat pesawat malang AirAsia Indonesia QZ8501    memasuki hari kedua.  <\/p>\n<p>    Ketua DVI Jawa Timur Komisioner Besar, Budiyono berkata,    maklumat membabitkan 15 orang daripada 93 keluarga itu telah    dilengkapkan sejak hari pertama kejadian dan pihaknya menjangka    ia akan bertambah pada hari Rabu.  <\/p>\n<p>    Mengikut SOPnya, maklumat yang diperlukan adalah gambar    mangsa, rekod perubatan, sampel DNA dan ciri-ciri fizikal    mangsa.  <\/p>\n<p>    Maklumat ini penting untuk memudahkan proses pengecaman mangsa    dan urusan untuk menyerahkan (mayat) kepada keluarga secepat    mungkin, katanya pada sidang akhbar di Pusat Krisis di    Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, 40 kilometer    dari Surabaya.  <\/p>\n<p>    Beliau berkata pihaknya sudah bersiap sedia sepenuhnya untuk    menerima jenazah penumpang dan kru pesawat itu sebaik tiba di    medan parkir lapangan terbang ini.  <\/p>\n<p>    Laporan media menyebut enam mayat membabitkan tiga lelaki dan    tiga wanita termasuk seorang kru penerbangan, kini dalam proses    untuk dibawa keluar oleh pasukan misi mencari dan menyelamat di    Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, kira-kira sejam penerbangan    dari Surabaya.  <\/p>\n<p>    Cuaca buruk termasuk ombak setinggi tiga meter menjejaskan    operasi itu untuk mencari baki mayat penumpang pesawat yang    dalam perjalanan ke Singapura itu.  <\/p>\n<p>    Budiyono berkata, kesemua mangsa terkorban akan ditempatkan di    Hospital Bhayangkara, Surabaya, kira-kira 30km dari    lapangan terbang, untuk proses bedah siasat dan mengenal pasti    identiti.  <\/p>\n<p>    Jelasnya, hospital itu juga sudah dipersiapkan dan mencukupi    untuk menampung mangsa membabitkan sebanyak 150 ruang    dilengkapi pendingin hawa jika jenazah tiba nanti.  <\/p>\n<p><!-- Auto Generated --><\/p>\n<p>See the rest here:<br \/>\n<a target=\"_blank\" href=\"http:\/\/www.freemalaysiatoday.com\/category\/bahasa\/2014\/12\/31\/sampel-dna-waris-dan-keluarga-mangsa-diambil\" title=\"Sampel DNA waris dan keluarga mangsa diambil\">Sampel DNA waris dan keluarga mangsa diambil<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p> Semua mangsa terkorban akan ditempatkan di Hospital Bhayangkara, Surabaya, kira-kira 30km dari lapangan terbang. SURABAYA: Unit Identiti Bencana (DVI) Polis Daerah Jawa Timur telah mengambil sampel DNA waris dan anggota keluarga untuk mengenal pasti identiti ketika proses pemindahan mayat pesawat malang AirAsia Indonesia QZ8501 memasuki hari kedua <a href=\"https:\/\/www.euvolution.com\/prometheism-transhumanism-posthumanism\/transhuman-news-blog\/dna\/sampel-dna-waris-dan-keluarga-mangsa-diambil\/\">Continue reading <span class=\"meta-nav\">&rarr;<\/span><\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[26],"tags":[],"class_list":["post-50934","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dna"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.euvolution.com\/prometheism-transhumanism-posthumanism\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/50934"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.euvolution.com\/prometheism-transhumanism-posthumanism\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.euvolution.com\/prometheism-transhumanism-posthumanism\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.euvolution.com\/prometheism-transhumanism-posthumanism\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.euvolution.com\/prometheism-transhumanism-posthumanism\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=50934"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.euvolution.com\/prometheism-transhumanism-posthumanism\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/50934\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.euvolution.com\/prometheism-transhumanism-posthumanism\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=50934"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.euvolution.com\/prometheism-transhumanism-posthumanism\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=50934"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.euvolution.com\/prometheism-transhumanism-posthumanism\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=50934"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}